UsIa BlOgKu

Daisypath Anniversary tickers

JEMPUT KLIK-KLIK

About Me

My photo
saya seorang yang x berape rajin & x berape malas,sederhana aje...tp ade jugak kadang2 thap kmalasan melampau2...hobi saya jalan2,makan2 n tgok tv...makanan kegemaran saya ialah seafood, masakan kampung, yong tau fu, satay,fast food & semua makanan yang best2la...semua layan...suka muzik yang x keras, yang lembut2 je...that's all about myself...

Tuesday, February 15, 2011

LeLaKi SeBaGaI PeLiNdUnG WaNiTa

Hasil Nulilan 'Luahan Hati'

Dalam masalah sosial sekarang seperti isu buang bayi yang semakin meruncing, masyarakat terus menyalahkan pihak wanita yang kononnya lemah, mudah terpedaya dan sebagainya. Namun, kita sering melupakan bahawa isu ini bukan hanya berpunca dari satu pihak sahaja. "Tepuk Sebelah Tangan Takkan Berbunyi". Kita sering melupakan bahawa kelahiran yang sepatutnya suci murni itu turut dicemarkan oleh "ayah" yang tidak bertanggungjawab. Maka seeloknya kita merenung kembali peranan lelaki terhadap wanita seperti yang dianjurkan oleh Allah dalam Al Quran.

" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka..." (surah al-Nisa', 4:34).

Jika kita sama-sama renung ayat ini, terdetikkah di hati kita betapa besar dan beratnya amanah yang telah Allah berikan kepada kaum lelaki untuk menjadi pemimpin pada wanita. Betapa Allah telah memberi kepercayaan pada lelaki untuk memikul amanah itu kerana beberapa kelebihan yang Allah berikan pada lelaki dan tidak ada pada wanita.


awak?boleh saya tumpang payung untuk berteduh?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...