skip to main |
skip to sidebar
PeTuA mAsUk RuMaH bArU
Azan - Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Dalam sebuah
hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah
bangunan itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan
dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang
suka tinggal di rumah atau bangunan yang tidak berpenghuni.
Baca Surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah
r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "janganlah kamu
jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan
akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."
Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula,
Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan
membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki.
Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan
memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (Hadis riwayat Al-Baihaqi)
Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah
Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah
atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak 1 kali, surah
Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas Nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi 1
kali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.
No comments:
Post a Comment