godek2 internet jumpe pasal air selusuh ni..ikut
org tua2 ni kalau dah dkt2 nak bersalin elok amalkan air selusuh ni ..
tp aku konpius gak kenkadang.. ada yg ckp minum awal2 , ada lak kata
selagi x sakit xleh minum.. ada pulak aku terbaca doc kata jgn minum
air selusuh nanti susah nak bersalin. cemane lak tu ye.. ikutkan air
selusuh ni cuma air biasa yg dibaca dgn ayat2 suci al-Quran je kan..
bukan nye mcm air ubat hospital tu ke.. ada pulak yg kata kalau x
sakit dah minum, nanti jalan nye susah nak buke.. wallahualam mane yg
betul.. tp aku nak share jugak la artikel yg aku baca dr blog sorg ibu
ni ..aku suke baca blog die.. ada catatan kehamilan disamping petua2,
doa2 yg mmg berguna untuk bakal2 ibu ni .. kat sini aku quote camne
cara2 nak buat air selusuh ni .. mcm aku masa bersalin anak yg sulung
mak aku buatkan air ni .. tp skrg ni air selusuh pun ada jual . contoh
nye kat kedai homeopathi, pastu ada 1 produk ni nama die x sure pulak
aku .. kalau x salah bio selusuh kot.. tp ustaz kata lebih afdal kalau
suami kite yg buat kan sendiri.. insyaallah berkat doa suami, mudah
utk kite melahirkan.. so, pada kengkawan esp blogger2 yg bakal menimang
cahaya mata tu , kat sini aku nak share camne nak buat air ni ..
(quote daripada ummikusayang punye blog)
more : http://nadsweetstory.blogspot.comCara Membuat SelusuhPara ulama menghasilkan selusuh berpandukan pelbagai ayat di dalam al-Quran. Langkah-langkah untuk membuat selusuh:Cara A1. Al Fatihah2. Surah al Hasyr ayat 21
3. Selawat Syifa (Penyembuhan)
4. Bacakan doa : "Ya Allah, dengan hak Maryam dan dengan hak mereka yang diturunkan kepadanya Surah Maryam, ringankanlah daripadanya (sebut nama ibu yang hamil berbintikan ibunya) sakit bersalin dengan rahmat Engkau wahai Tuhan Yang Maha Pemberi Rahmat". Kemudian ditiup pada air atau minyak dan perlu diminum tujuh hari sebelum tarikh jangkaan bersalin5. Sapukan air atau minyak di perut ibu dari atas ke bawah dengan bacaan selawat (7 kali)
6. Minyak selusuh perlu diminum sebanyak satu sudu apabila terasa sakit bersalin
Cara B
Beristighfar (3 kali) Menghadiahkan bacaan kepada Nabi Muhammad SAW, keluarga, para sahabat dan para pengikutnya. Al Fatihah (1 kali) Selawat (11 kali) Alam Nasyrah (7 kali) Al-Ikhlas (3 kali) Al Falaq (3 kali) An Naas (3 kali) Al Fatihah (1 kali). Kemudian berdoa apa yang dihajati.Cara C
Al Fatihah. Apabila sampai di ayat 5, lintaskan di dalah hati memohon dimudahkan bersalin sebanyak tiga kali. Selawat Syifa (7 kali) Surah al Hasyr, ayat 21 (3 kali) Surah al-A'raf ayat 54 (3 kali
5. Hembus pada air, minyak atau kurma.
No comments:
Post a Comment